Thursday, July 02, 2009
PELUANG PERNIAGAAN HIDROKULTUR

Kami ingin memperkenalkan peluang perniagaan baru untuk anda dalam bidang HIDROKULTUR. Terlebih dahulu mari kita belajar seba sedikit apa itu hidrokultur.

Hidrokultur adalah satu kaedah hidroponik di mana tanaman membesar menggunakan media air dan nutrient melalui tindakan kapilari. Dengan menggunakan kaedah ini, tanaman akan mendapat bekalan air dan nutrient yang cukup untuk jangka masa yang lama.Tanaman hidrokultur meningkatkan keunikan dan kecantikan ruangan rumah, pejabat, dan bilik anda serta meningkatkan kualiti hidup anda. Ianya juga membantu meningkatkan kesihatan, alam sekitar, serta meningkatkan udara yang bersih.

APA PELUANG PERNIAGAAN DENGAN HIDROKULTUR YANG KAMI TAWARKAN?

Tahukah anda, tanaman hidrokultur amat penting dalam keadaan pencemaran udara di dalam bangunan atau dikenali sebagai Syndrome Sick Building yang semakin meningkat pada masa kini. Justeru itu, ramai yang kian mengambil berat tentang kesihatan udara di dalam ruangan pejabat mahupun rumah dan bilik tempat tinggal bagi memastikan kesihatan sentiasa terjamin. Dengan meningkatnya kesedaran ini, pihak kami yakin bahawa peluang perniagaan dengan hidrokultur adalah amat luas sekiranya dilakukan oleh individu yang benar-benar komited untuk perniagaan ini.

TAHUKAH ANDA??? STATISTIK MENUNJUKKAN KEBANYAKKAN KITA MENGHABISKAN MASA 22JAM SEHARI DI KAWASAN TERTUTUP(DALAM BANGUNAN) IAITU 8 JAM DI PEJABAT, 7 JAM DI RUMAH, 7 JAM DI TEMPAT TIDUR. STATISTIK INI AMAT MEMBIMBANGKAN DI MANA RISIKO KITA TERDEDAH KEPADA PENYAKIT ADALAH AMAT TINGGI BERIKUTAN KITA MENGHABISKAN BANYAK MASA DI KAWASAN TERTUTUP. JUSTERU ITU TANAMAN HIDROKULTUR DI TEMPAT KERJA, RUMAH DAN BILIK ADALAH AMAT PENTING DAN INI MEMBUKA PELUANG PERNIAGAAN BUAT ANDA YANG MENYEDARI KEPENTINGAN HIDROKULTUR KEPADA KEHIDUPAN MANUSIA.

Yang pertama, anda perlu mempunyai bahan-bahan yang diperlukan untuk hidrokultur seperti balang kaca, baja cecair Greeneden dan pokok hidrokultur sendiri. Kami akan menyediakan balang kaca dan Baja Cecair Greeneden 500ml yang amat sesuai untuk tanaman hidrokultur.

Apa yang anda perlukan hanyalah menyediakan pokok hidrokultur dan menawarkan penyewaan kepada premis-premis perniagaan, jabatan-jabatan kerajaan, hospital-hospital kerajaan mahupun swasta, IPTA, IPTS, sekolah-sekolah dan sebagainya di tempat anda. Peluang cerah unutk anda kerana kini begitu ramai yang percaya bahawa pokok hidrokultur adalah pembersih udara semulajadi yang tidak memudaratkan kesihatan berbanding dengan pembersih udara buatan manusia.

Bagi negeri Melaka, kami menyediakan perkhidmatan penyewaan bagi premis-remis perniagaan, jabatan-jabatan kerajaan, hospital-hospital kerajaan mahupun swasta, IPTA, IPTS, sekolah-sekolah dan sebagainya mengikut permintaan anda. Sewaan bulanan minimum adalah 20 set sahaja.

_________________________________________________________________

Sekiranya berminat untuk mendapatkan hidrokultur untuk penyewaan daripada kami, sila hubungi:

PEJABAT: 06-2323500

EMAIL: kazzponik@yahoo.com

HOTLINE: 019-7546867 (ENCIK RAMIZ)/ 017-3627507(ENCIK ZAMRI)  

Posted at 07:05 pm by miss_hydro

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry








<< July 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31






Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed